Wednesday, May 29, 2019

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM


Jawatan kuasa Takmir Masjid Kg Tanah Jambu telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Sempena berakhirnya acara bertadarus, pada hari Ahad 26hb Mei 2019M, bersamaan, 19 Ramadhan 1440H bermula pada jam 4:30 Petang.

Acara bertadarus yang bermula dari malam 1 Ramadhan dan berakhir pada malam 19 Ramadhan 1440H itu telah disertai oleh seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada jemaah lelaki dan wanita Kg Tanah Jambu / Salar serta kawasan sekitarnya.

Majlis juga diselajurkan dengan Penyampaian Derma kepada Anak-anak yatim bagi Penduduk Kampong Tanah Jambu / Salar.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis itu ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Penasihat I Jawatan Kuasa Takmir Masjid Kg Tanah Jambu.

Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Panglima Kolonel (B) Dato Paduka Awang Haji Abdul Jalil Bin Haji Ahmad, Penasihat II Jawatan Kuasa Takmir Masjid Kg Tanah Jambu.

Majlis juga diserikan dengan zikir Marhaban dan di ikuti dengan berbuka Puasa.

































PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM







BERBUKA PUASA









GAMBAR KENANG-KENANGAN KUMPULAN TADARUS








Wednesday, May 22, 2019

TADARUS AL-QURAN

Jemaah Masjid Kg Tanah Jambu menyemarakan bulan Ramadan dengan bertadarus membaca ayat suci Al-Quran pada setiap malam selepas menunaikan Solat sunat Tarawih.