Seperti yang dimaklumi, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, telah mengarahkan semua masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat diseluruh negara di tutup sementara berikutan penularan wabak Corona Virus (COVID-19) di Negara ini, bermula 17/3/2020 sehingga 23/3/2020. Walaubagaimanapun penutupan sementara tersebut telah dilanjutkan lagi selama seminggu mulai hari Selasa 29 Rejab 1441H bersamaan 24 Mac 2020M hingga hari Isnin, 6 Syaaban 1441H bersamaan 30 Mac 2020M`
Sehubungan dengan itu, semua solat berjemaah termasuk solat fardhu Jumaat telah ditiadakan. Aktiviti-aktiviti seperti ceramah, kelas mengaji, kelas tajwid dan kumpulan Muslimah telah juga diberhentikan buat sementara waktu.
Sementara itu kerja-kerja pembersihan dan penyahkuman telah dijalankan pada sebelah petang selasa, 24/3/2020.
Sama-samalah kita berdoa dan bermohon ke hadrat Allah SWT semoga kita semua dikurniakan perlindungan dan keselamatan dan juga semoga musibah wabak COVID-19 ini akan segera berakhir. Aamiin.