Friday, May 29, 2020

SEMBAHYANG FARDHU JUMAAT

29 Mei - Alhamdulillah, Sembahyang fardhu Jumaat telah mula dilaksanakan secara berperingkat bermula pada hari ini setelah semua masjid-masjid ditutup bermula 17 Mac yang lalu, berikutan penularan wabak pendamik COVID19.

Pelaksanaanya adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti menggunakan applikasi BRUHEALTH, Pemeriksaan suhu badan, Penjarakkan Sosial dan pemakaian penutup muka (Face mask).

Untuk kelancaran kemasukan para jemaah yang hadir, AJK Takmir Masjid turut dibantu oleh Anggota Keselamatan dari Pasukan Polis Di Raja Brunei (PPDB) dan Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei (ABDB) untuk membuat pemeriksaan suhu badan dan Pengimbasan Kod QR BruHealth.












Wednesday, May 27, 2020

LAWATAN MENTERI HAL EHWAL UGAMA

27 Mei - Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, pada hari ini,  membuat sesi lawatan ke Masjid kampong Tanah Jambu / Salar, bagi meninjau persiapan pembukaan Masjid bagi Menunaikan Sembahyang Fardhu Jumaat, iaitu pada hari Jumaat ini, 29 Mei 2020.

Lawatan tersebut juga adalah untuk memastikan semua SOP yang berkait dengan pencegahan penularan penyakit COVID19 dapat dipatuhi dengan baik.

Sehubungan dengan itu, beberapa perkara telah pun dilaksanakan seperti membuat tanda jarak untuk memastikan jarak (physical distance) antara jemaah-jemaah yang akan hadir.


Peringatan:-

- Setiap Jemaah  adalah dikehendaki untuk membawa Sejadah/tikar sembahyang  masing-masing, iaitu yang berukuran besar yang lazimnya digunakan. 

- Setiap Jemaah adalah dikehendaki menggunakan penutup muka (Face Mask)

- Setiap Jemaah dikehendaki mendaftarkan diri pada applikasi BRUHEALTH sebelum pergi ke Masjid, sepertimana yang telah dimaklumkan dan hendaklah berada dalam kedaan sehat.



Gambar-gambar sesi Lawatan





Tanda-tanda yang telah dibuat untuk memastikan Penjarakan Fizikal antara Jemaah
(Sejadah/Tikar Sembahyang hendaklah diletakan di antara tanda-tanda tersebut, seperti gambar dibawah)