Saturday, October 24, 2020

DZIKIR MAULIDURRASUL

 Masjid Kg Tanah Jambu: Majlis dzikir sempena menyembut hari Kelahiran Jungungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam diadakan selama 12 malam berturut-turut bermula 1hb Rabiulawal 1442H, bersamaan dengan 17hb Oktober 2020M.

Pada malam kelima, Majlis Turut dihadiri oleh, Yang DiMuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud - Penaung Jawatankuasa Takmir Masjid Kg Tanah Jambu, Yang Berhormat Pg Haji Mohamad bin Pg Osman - Ketua Kg Sungai Buloh, Ketua Kampong Batu Marang, Pemangku Ketua Kampong Tanah Jambu/Salar, Pemangku Ketua Kampong Mentiri I, Pemangku Ketua Kampong Mentiri II dan Pemangku Ketua Kampong Serasa.
























Monday, October 19, 2020

BASIC LIFE SUPPORT WORKSHOP

Ahad,18/10/2020: Jawatankuasa Takmir Masjid Kg Tanah Jambu / Salar telah mengadakan "Basic Life Support Workshop" bertempat di Masjid Kg Tanah Jambu.

Bengkel tersebut telah disampaikan / dibimbing oleh Paramedik bertauliah daripada Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam, iaitu Awg. Hj Zakaria bin Hj Yassin, dan ianya hanya khusus untuk Ahli-Ahli Takmir Masjid Kg Tanah Jambu sahaja.