Friday, November 8, 2019

MAJLIS DZIKIR MAULUD 1441H

Bersempana dengan Sambutan Maulidur Rasul 1441H, Majlis Takmir Masjid Kg Tanah Jambu telah mengadakan Majlis Dzikir Maulud bermula 1 Rabiulawal 1441H sehingga 12 Rabiulawal 1441H  (29 Okt 2019 - 8 Nov 2019) bertempat di Masjid Kg Tanah Jambu.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran dua Kumpulan Dzikir iaitu, Kumpulan Dzikir dari Pelatih-Pelatih Pusat Pembangunan Belia yang mempersembahkan Dzikir mereka pada 10 Rabiulawal 1441H bersamaan 06 November 2019M  dan Kumpulan Dzikir Azkayra Muslimah RPN Meragang yang mempersembahkan Dzikir mereka pada 11 Rabiulawal 1441H bersamaan 7 November 2019M.

Pihak Takmir Masjid Kg Tanah Jambu ingin merakamkan setinggi-tinggi ribuan Terima Kaseh diatas kehadiran  kedua-dua kumpulan Dzikir tersebut.


Kumpulan Pertama: Kumpulan Dzikir Pelatih-Pelatih PPB
(10 Rabiulawal 1441H bersamaan 06 November 2019M)











Kumpulan Kedua: Kumpulan Dzikir Azkayra Muslimah RPN Meragang
(11 Rabiulawal 1441H bersamaan 7 November 2019M)



















Ahli-Ahli Majlis Takmir Masjid bersama-sama Penduduk Kampong Tanah Jambu & Penduduk sekitarnya