Friday, February 28, 2020

MAJLIS BACAAN SURAH YASIN DAN DOA KESYUKURAN

Majlis bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-36 telah di adakan pada 22hb February 2020M, bersamaan dengan 29 JamadilAkhir 1441H, selepas solat fardhu Maghrib.
Bacaan surah Yasin dipimpin oleh Ketua Imam Kg Tanah Jambu/Salar, Yang Mulia Awg Md Saifullah bin Rosli, dan seterusnya membacakan Doa Kesyukuran.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Major General (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad Bin Haji Daud, Penasihat 1 JawatanKuasa Takmir Masjid Kg Tanah Jambu / Salar.
Turut hadir ialah Pemangku Ketua Kg Tanah Jambu / Salar, Yang Mulia Tuan Haji Sarabani bin Haji Bakir , serta Penduduk-penduduk Kampong dan sekitarnya.