Tuesday, February 18, 2020

MAJLIS PENGHARGAAN DAN PERTUKARAN

Majlis Penghargaan kepada Bekas Imam Kg Tanah Tambu, Yang Mulia Tuan Imam Haji Sanip bin Haji Nassar telah diadakan di Masjid Kg Tanah Jambu pada hari Sabtu, 15 Februari 2020 yang lepas. Beliau telah pun berpindah dan ditugaskan di salah sebuah Masjid di Mukim Kota Batu iaitu Masjid Kg Pelambayan.
Cenderahati kenang-kenangan telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Kampong Tanah Jambu & Salar, Tuan Haji Sarabani bin Haji Bakir.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid Kg Tanah Jambu.